Ya tuhan, jauhkanlah kami sekeluarga drpd dugaan seperti ini

Ini keratan cerita aku ambil dr online pa&ma magazine……..

BAYIKU MENINGGAL 3 HARI SEBELUM DILAHIRKAN

Sebagai manusia normal kehilangan orang tersayang pasti mengundang kesedihan yang sukar diubati. Hanya kekuatan iman menjadi pendinding diri. HASNITA SAWAL berkongsi rasa dengan Azlina Md Shariff, 36, dan Ahmad Firdaus Che’ May, 36, yang kehilangan anak beberapa hari sebelum dilahirkan.

Walaupun hamil anak ketiga dan jarak dengan anak kedua Nur Najla Aqilah yang berusia setahun enam bulan tidak terlalu jauh namun keseronokan untuk mendapat seorang lagi cahaya mata sukar digambarkan. Apatah lagi saya sudah berkahwin sejak 1999 tetapi tidak berzuriat
sehingga 2005. Perasaan untuk mendapat zuriat amat kuat dalam diri saya . Suami telah berhabis duit dan keringat untuk mendapatkan zuriat. Sudah berbagai hospital dan pakar kami rujuk untuk mendapatkan perasaan mengandung dan melahirkan anak.

Ini membuatkan perasaan sayang dan kasih kepada anak-anak amat besar dalam hati saya sebaik dikurniakan anak pertama Muhammad Aliff Nabil pada 24 Ogos 2005. Kehamilan ketiga pada usia 35 tahun langsung tidak memberi masalah kepada saya. Semuanya berjalan normal seperti biasa .
Tarikh jangkaan bersalin yang diberikan doktor adalah pada 11 Julai 2009 tetapi m elihatkan saiz kandungan saya yang terlalu besar maka doktor menetapkan untuk paksa keluar kandungan pada tarikh yang dipercepatkan iaitu 27 Jun.

Bermulanya satu kesedihan
Saya masih ingat lagi tiga hari sebelum tarikh di suruh bersalin, saya mengalami pening kepala yang amat sangat. Pada pagi Rabu, 24 Jun, saya mula berasa kurang sedap hati apabila kandungan kurang bergerak. Tetapi saya tidak memberitahu suami.

Kira-kira pukul 4 petang suami menelefon memberitahu kunci keretanya jatuh di dalam longkang dan tidak dapat mengambilnya kerana keadaan longkang yang dalam.

Disinilah bermulanya ketakutan itu. Suami meminta saya menunggu kereta tersebut yang terletak
di depan pejabat saya di Seksyen 14, Shah Alam. Dia perlu pulang untuk mendapatkan kunci pendua kereta itu. Tugas suami yang perlu ke Majlis Bandaraya Shah Alam untuk menyelesaikan permohonan pengubahsuaian rumah kami perlu diselesaikan kerana waktu bersalin saya semakin hampir. Saya meminta suami supaya mencari jalan penyelesaian lain kerana pening yang amat sangat dan merasakan perlu ke klinik kerana kandungan kurang bergerak. Suami lalu menelefon adiknya yang berada di rumah mak mertua saya di Kampung Melayu Subang. Adik ipar saya, Khairunnisa’ pun baru lepas bersalin dan masih didalam pantang.

Suami saya berkeras meminta adiknya mengambilnya dan saya untuk terus ke rumah kami di Taman Bukit Subang. Perjalanan yang dekat dari Shah Alam ke Taman Bukit Subang dirasakan begitu lama. Waktu pada masa itu menunjukkan jam 5.45 petang.

Dia sudah pergi
Semuanya berlaku terlalu pantas. Suami mengambil anak-anak kami dari pusat jagaan. Kereta
kedua yang ada dirumah kami pakai dan membiarkan kereta suami di Shah Alam pada hari
itu. Kami terus ke klinik dan setelah diperiksa, doktor minta kami terus ke Pusat Rawatan Isla m
(Pusrawi), Kota Damansara tempat rujukan kami kerana menurut doktor degupan jantung bayi
dalam kandungan terlalu perlahan.

Kami bergegas ke rumah dan mengambil beg yang telah saya siapkan jika bersalin. Jam 6. 30
petang anak-anak kami tinggalkan dengan Nenek mereka. Di Purawi, kandungan diperiksa
lagi dan kami menunggu doktor rujukan datang. Setelah ujian kedua dilakukan menggunakan
scanner dan jantung, doktor menyuruh kami terus ke Hospital Sg Buloh (HSB). K etika itu jam
menunjukkan pukul 10 malam.

Sementara ujian demi ujian dijalankan suami sabar menanti diluar. Jam 3. 30 pagi, doktor
pakar menjemput suami ke dalam bilik saya dan memaklumkan kandungan telah mati di dalam
perut. Masih terngiang-ngiang kata- kata doktor pada masa itu. “Tidak ada sebab – sebab klinikal
untuk diberitahu dan kandungan telah meninggal dunia di dalam perut. Punca kematian hanya
boleh diberitahu setelah kandungan dikeluarkan.” Dia meminta kami bersabar dan memberitahu kandungan boleh dilahirkan secara normal. Dia juga membenarkan kami pulang ke rumah bersama kandungan di dalam perut.

Perlu reda
Biarpun sudah disahkan meninggal, saya dan suami tetap berdoa memujuk hati supaya
kandungan ini kembali normal. Tetapi padah ari Jumaat, 26 Jun setelah tiga hari kandungan
tidak bergerak, tepat jam 2.15 petang lahirlah bayi lelaki kami yang sempurna seberat 3.1 kg tetapi sudah tidak bernyawa di HSB.

Hancur luluh hati saya tatkala menatap wajah beningnya yang suci. Walaupun hanya sempat
bersamanya seketika tetapi saya reda dengan ujian Allah SWT kerana saya tahu dia sedang
berbahagia disyurga milik-Nya. Kesabaran suami yang tabah menghadapi dugaan paling hebat
bagi kami ini membuatkan saya reda dengan apa yang berlaku.

Melalui tempoh berpantang kali ketiga ini benar-benar mencengkam perasaan. Bayang kan
anda berpantang tanpa bayi di sisi dengan susu yang penuh di payu dara, hanya mereka yang
menerima ujian yang sama sahaja memahami betapa sayu dan pedihnya hati ini. Beberapa kali saya menyusukan anak saudara yang baru berusia dua bulan (anak Khairun nisa ’) kerana ibunya sudah kembali bekerja. Ketika menyusukannya, perasaan kehilangan amat saya rasakan sekali.

Telatah dan kerenah anak-anak yang masih kecil dan tidak faham tentang kematian adik mereka menjadikan saya terhibur seketika. Suami yang banyak membantu memberi semangat kepada saya. Dia selalu berkata dalam Al-Quran, Allah SWT berfirman yang bermaksud “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuan nya” (Al-Ba qara h: 286).

Kami kuat menghadapi waktu-waktu sukar ini. Setiap malam kami berbincang dan suami kerap memberikan semangat untuk kami meneruskan hidup. Suami berkata kadang-kadang kita
rasa sesuatu perkara itu baik untuk kita tetapi Allah SWT Maha Mengetahui bahawa itu tidak
baik pada kita. Selepas selesai tempoh berpantang, punca kematian bayi saya dapat di ketahui.

Menurut doktor, bayi yang kami beri nama Muhammad Ariff Nazri, meninggal dunia akibat
tidak mendapat oksigen daripada darah yang tidak sampai kepadanya akibat terbelit tali pusat.
Sebagai ibu yang kehilangan anak, saya menjadi marah jika terdengar kes pembuangan bayi yang berleluasa di Malaysia. Saya berharap janganlah perkara ini berlaku lagi kerana masih ada lagi ibu-ibu di luar sana yang mahukan kehadiran anak untuk dibelai dan dicurahkan kasih sayang.

………………..salah satu dugaan Allah di dunia

Published in: on January 8, 2010 at 8:13 am  Leave a Comment  

The URI to TrackBack this entry is: https://zatulamid.wordpress.com/2010/01/08/ya-tuhan-jauhkanlah-kami-sekeluarga-drpd-dugaan-seperti-ini/trackback/

RSS feed for comments on this post.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: